Halaman

Sungai

Sungai

Khamis, 5 April 2012

Kepentingan Sungai 2: Pengairan


Syukur kepada Tuhan, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menerima hujan sepanjang tahun. Limpahan air hujan, jika tidak diuruskan dengan baik, akan menyebabkan banjir. Lebihan air hujan akan disalurkan kepada saliran semulajadi atau saliran buatan manusia. Contoh saliran semulajadi ialah air terjun, sungai, tasik dan sebagainya. Contoh saliran buatan manusia ialah longkang, paip, dan paling berinovasi ialah Terowong SMART.

air terjun contoh saliran semulajadi

Pada abad yang lepas, tenaga elektrik di Malaysia bergantung sepenuhnya daripada sumber arang batu. Pengunaan arang batu, sebagai bahan tenaga untuk mengerakkan turbin, menyebabkan udara di Malaysia tercemar dan kos mengendalikannya juga tinggi. Jadi, semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad, teknologi empangan hidroelektrik diperkenalkan. Walaupun kos pengendaliannya tinggi, tetapi pencemaran udaranya di tahap rendah. Sistem pengairan yang baik diperlukan untuk mengerakkan turbin. Melalui sistem pengairan, tiada kos untuk membeli arang batu. Selain itu, sistem ini juga dapat mengelakkan banjir apabila hujan dengan lebat. Apabila musim kemarau, air dilepaskan untuk mengairi kawasan yang kekurangan air.

Empangan hidroelektrik

Selain itu, pengairan juga penting untuk mengairi tanaman. Di Malaysia, terdapat banyak jenis tanaman diusahakan antaranya padi, jagung, dan sebagainya. Seperti yang kita tahu, padi merupakan tanaman yang memerlukan air yang banyak, disamping menggunakan tanah aluvium. Sejak sistem pengairan diperkenalkan, padi dapat ditanam tiga sehingga empat kali setahun. Tidak seperti sebelum ini, padi hanya dapat ditanam sekali setahun. Pengurusan padi secara moden ini dapat meningkatkan produktiviti bahkan dapat menampung permintaan beras tempatan.



sawah padi di Malaysia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan