Halaman

Sungai

Sungai

Rabu, 25 April 2012

Khamis, 5 April 2012

Kepentingan Sungai 2: Pengairan


Syukur kepada Tuhan, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menerima hujan sepanjang tahun. Limpahan air hujan, jika tidak diuruskan dengan baik, akan menyebabkan banjir. Lebihan air hujan akan disalurkan kepada saliran semulajadi atau saliran buatan manusia. Contoh saliran semulajadi ialah air terjun, sungai, tasik dan sebagainya. Contoh saliran buatan manusia ialah longkang, paip, dan paling berinovasi ialah Terowong SMART.

air terjun contoh saliran semulajadi

Pada abad yang lepas, tenaga elektrik di Malaysia bergantung sepenuhnya daripada sumber arang batu. Pengunaan arang batu, sebagai bahan tenaga untuk mengerakkan turbin, menyebabkan udara di Malaysia tercemar dan kos mengendalikannya juga tinggi. Jadi, semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad, teknologi empangan hidroelektrik diperkenalkan. Walaupun kos pengendaliannya tinggi, tetapi pencemaran udaranya di tahap rendah. Sistem pengairan yang baik diperlukan untuk mengerakkan turbin. Melalui sistem pengairan, tiada kos untuk membeli arang batu. Selain itu, sistem ini juga dapat mengelakkan banjir apabila hujan dengan lebat. Apabila musim kemarau, air dilepaskan untuk mengairi kawasan yang kekurangan air.

Empangan hidroelektrik

Selain itu, pengairan juga penting untuk mengairi tanaman. Di Malaysia, terdapat banyak jenis tanaman diusahakan antaranya padi, jagung, dan sebagainya. Seperti yang kita tahu, padi merupakan tanaman yang memerlukan air yang banyak, disamping menggunakan tanah aluvium. Sejak sistem pengairan diperkenalkan, padi dapat ditanam tiga sehingga empat kali setahun. Tidak seperti sebelum ini, padi hanya dapat ditanam sekali setahun. Pengurusan padi secara moden ini dapat meningkatkan produktiviti bahkan dapat menampung permintaan beras tempatan.



sawah padi di Malaysia


Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


Tarikh/Hari                       : 12 hb . Sept . 2011 (Isnin)            Masa               :  12.30 – 1.30 
                                                                                                                           tengah hari            
                                                                                               Bilangan murid : 43 orang                                                                                                                                       
Kelas                                : 1 Bestari
Mata Pelajaran                 :  Bahasa Malaysia
Tajuk                                :  Cintai sungai kita
                                           Cerita Ikan dan Udang
Objektif                             : kognitif
1.    Memerhatikan gambar bersiri diberi .
2.    Mereka cerita dengan daya kreatif sendiri .

Psikomotor
1.    Melengkapkan cerita berpandukan ayat diberi dengan betul dan tepat .
2.    Melengkapkan cerita berpandukan perkataan diberi dengan betul dan lengkap .

Afektif
1.    Murid melakokan cerita tersebut bersama kumpulan dengan ayat yang betul .
2.    Murid dapat mengucapkan ucapan bertata susila secara bersopan .     

                                       
Pengetahuan Sedia Ada  : Murid-murid mengenali haiwan-haiwan hidup didalam sungai .
Konsep                             : Lengkapkan cerita berpandukan gambar .
Bahan                               : Bahan bercetak , gambar cerita bersiri , kad perkataan .
Nilai                                  : Prihatin , tolong-menolong , belas kasihan .
                                         Kemahiran : FU : 3.7    (SK)           FS  : 2.3    (SK)                   
                                                                   : 3.7.1 (SP)                  : 2.3.2 (SP)


Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Fokus Utama
    (FU)
3.7 Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul .
3.7.1    Menghasilkan penulisan berbentuk neratif secara terkawal dengan betul . 
Fokus Sampingan
          (FS)
2.3 Membaca kuat pelbagai
bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul .   
2.3.2   Membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.


Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(15 minit)

1.Guru mempamerkan
pelbagai jenis gambar haiwan
2.Guru meminta menyebut nama haiwan-haiwan tersebut.
3.Guru meminta murid menamakan tiga jenis hidupan dalam sungai . 
1.Murid memerhatikan gambar tersebut .
2.Murid menyebut nama-nama haiwan tersebut .
3.Murid mencatat nama-nama haiwan hidupan sungai .
Gambar haiwan
Langkah 1
(15 minit)
Cerita tentang Ikan dan Udang . Gambar Ikan dan Udang.
1.Ikan dan Udang tinggal dalam air yang cetek .
2.Semasa berenang Ikan tersepit di celah batu.
3.Udang cuba membantu Ikan tatapi tidak berjaya .
4.Kura-kura menolak batu.Ikan berjaya diselamatkan .
5.Ikan mengucapkan terima kasih kepada udang dan kura-kura.
6.Ikan dan Udang di kawasan air yang dalam.    
1.Guru membacakan cerita Ikan dan Udang hidup dalam sebuah sungai yang hampir kering.
1.Murid mendengar cerita yang dipersembahkan .
2.Murid bersoal jawab tentang cerita tersebut .
3.Murid membaca secara individu dan kelas.
Kad Gambar



Kad Ayat


Aktiviti individu kelas

Langkah 2
(15 minit)
Murid melengkapkan
Perkataan dalam petikan :
Contoh: ikan,batu,udang,ikan,kura-kura,batu,terima kasih,udang,kura-kura,dalam.
                        
1.Guru meminta murid melihat teks mukasurat 120
2.Guru mempamerkan beberapa perkataan pada papan tulis.
3.Guru meminta murid melengkapkan ayat pada gambar dengan perkataan dipamerkan secara kumpulan.
1.Murid perhatikan gambar.
2.Murid-murid mengeja dan menyebut perkataan tersebut.
3.Murid berbincang bersama kumpulan mencari jawapan yang tepat . 
Kad perkataan
Mengeja dan membaca.


Aktiviti kumpulan
Langkah 3
(10 minit)
Lembaran kerja.
-Lengkapkan Lembaran kerja dengan perkataan ikan,batu,udang,ikan,kura-kura,batu,terima kasih, udang,kura-kura,dalam.
1.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid .
2.Guru meminta  murid menjawab soalan mengikut kumpulan

Kumpulan A : Melengkapkan cerita dengan perkataan tanpa berpandu .

Kumpulan B : Melengkapkan cerita dengan bantuan perkataan .
1.Murid memerhatikan Lembaran kerja tersebut .
2.Murid menjawab mengikut kemampuan kumpulan masing-masing .
Lembaran kerja kumpulan A dan kumpulan B.
Langkah 4
(10 minit)
Menyemak jawapan lembaran
1.Guru meminta murid menyemak semula jawapan lembaran kerja .
2.Guru mengarahkan murid tukar kertas dengan rakan sebelah untuk disemak.
1.Murid menyemak jawapan dengan mengikut arahan guru .


Penutup
(5 minit)
Nyanyian Lagu Bangau oh Bangau .
1.Guru meminta murid menyanyi lagu,Bangau oh Bangau. 
2.Murid hafal suku kata dan memahami maksud lagu .