Umum mengetahui bahawasanya sungai merupakan sumber air utama kepada seluruh makhluk. Air sungai yang bersih digunakan untuk sumber minuman, pengairan, ternakan dan sebagainya. Berbeza dengan air laut, untuk menjadikannya air minuman, air laut terlebih dahulu di suling untuk menghilangkan rasa masin.
Minum air dapat menyegarkan badan kita
Kajian menunjukkan bahawa manusia sepatutnya minum air sekurang-kuranya 2 liter sehari. Jika tidak, risiko untuk menghidapi penyakit batu pada pundi kencing (gall bladder stone) akan meningkat. Selain itu, fungsi ginjal juga akan berkurangan. Di luar negara, kesedaran tentang pentingnya minum air diterjemahkan dalam bentuk banyaknya tempat untuk minum air.
Sungai merupakan sumber air minuman utama untuk manusia.